Download Slide: Pembentangan Fiqh Panduan Menunaikan Solat Di Dalam Pesawat Dan Kenderaan

By | February 22, 2012 at 1:32 pm | No comments | Dakwah & Motivasi, Fekah & Ibadah

 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberi kekuatan dan kelapangan dalam menyebarkan ilmunya. Semalam iaitu pada hari selasa (21/2/2012), saya telah membentangkan satu topik asas yang amat penting buat kita semua selaku hamba Allah swt di atas muka bumi ini.

 

Pembentangan yang dihadiri oleh kawan-kawan daripada pelajar Just (Bidang Perubatan) dan Yarmouk  (Syariah, B.Arab, Ekonomi Islam) bukanlah hanya menjadi tanggungjawab mereka untuk mendengar sahaja, malah wajib bagi mereka untuk menyampaikannya kepada orang lain, kerana ia adalah tanggungjawab bersama selaku da’i.

 

Saya menitik beratkan topik ini ketika pembentangan adalah kerana ianya menjadi satu perkara yang amat penting dalam usaha membangunkan ummah agar taat kepada perintah Allah dan Rasulnya dalam apa-apa jua keadaan. Mudah sahaja sifirnya, apabila Muslim itu selesai  masalah solatnya? Maka sudah pasti dia adalah hamba Allah yang baik, itu adalah janji Allah swt di dalam al-Quran, tetapi yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.

 

Maka bagaimana kita ingin mengecapi kemenangan jika masalah yang asas tidak diselesaikan. Contohnya di Hospital, pesakit yang tidak menunaikan solat hampir 90%, hanya kerana pendapat-pendapat yang dikeluarkan sangat memayahkan mereka untuk melaksanakannya, juga ketika berada dalam keadaan musafir dan sebagainya.

 

Saya suka kata-kata renungan daripada Umar al-Khattab mengenai rahsia kekuatan Islam dan bagaimana untuk memenangkan Islam, kata-katanya ialah:

“Yang menyebabkan kaum Muslimin itu menang hanyalah kerana maksiat musuh-musuh mereka. Jika tidak kerana faktor itu, kita tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi musuh. Sebabnya kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka, persiapan (peralatan) kita tidak seperti persiapan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam hal maksiat, sudah pasti mereka memiliki kelebihan di sudut kekuatan. Jika kita tidak mampu menang dengan kelebihan kita (ketaqwaan) sudah pasti kita tidak dapat menewaskan mereka dengan kekuatan kita.” (Dr Ali as-Assalabi, Umar bin al-Khattab, hlm. 420)

 

Maka amat penting sama ada para Ustaz dan juga para Doktor untuk mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini. Adakah kita menyangka bahawa kita akan terlepas di akhirat kelak? Sudah pasti tidak, dengan keadaan di hospital masih ramai yang tidak solat. Juga kebanyakan masyarakat yang masih lagi jahil mengenai ilmu-ilmu asas ibadah kontemporari.

 

Oleh itu, jangan lepas pandang wahai para Ustaz dan Para Doktor, selamatkanlah diri kita nanti dari disoal oleh Allah swt kelak dengan soalan-soalan yang merugikan kita sendiri seperti kenapa tidak menyampaikan ilmu? Kenapa tidak belajar sedangkan masa yang diperuntukkan kepada kita sangat banyak dan sebagainya.

 

Antara topik yang dibincangkan semalam ialah:

1) Keluasan dalam perbahasan fiqh daripada usul kepada furu’. (Muqaddimah)

2) Panduan solat atas pesawat atau kenderaan selainnya. (Tajuk utama)

3) Keringanan solat dan bersuci buat orang sakit. (penting buat para Doktor))

4) perincian solat jama’ tamam dan qosar iaitu ketika sakit, musafir, hujan, sibuk yang melampau, keselamatan. Bagaimana caranya perlaksanaannya?

5) solat hormat waktu dan salah faham mengenainya.

6) cadangn buku2 utk bacaan pelajar2 dari Yarmouk atau Just.

7) Sesi soal jawab.

 

Link Slide Pembentangan

Di sini saya ingin sisipkan juga slide pembentangan semalam di ruangan ini, anda boleh mendownloadnya di http://www.mediafire.com/?zdeb9hcuo9idlsj

Panduan Menunaikan Solat Dalam Pesawat & Kenderaan

 

Saya akui bahawa slide ini memerlukan pembentangan dan penerangan yang jelas. Oleh itu, bagi sesiapa yang tidak faham dan kabur mengenai masalah ini, boleh berhubung dengan saya melalui FB, hubungi penulis, dan email.

Segala yang baik datangnya dari Allah yang maha pemberi Ilmu.

 

Sekian.

 

 

About the Author

Fathullah Al-Haq

Muhammad Fathullah Al-Haq Bin Muhamad Asni, sekarang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau aktif menulis bahan ilmiyah dan dakwah di laman web fikrahhalaqah.com, memberi penyampaian mingguan di Radio Halaqah fm. Beliau juga banyak memenuhi jemputan ceramah agama dan motivasi di seluruh Malaysia.

Comments

*