Wednesday, 22 October 2014

Titisan  jernih air mata menyubur cinta

Dan rindu pun terus berbunga

Mekar tidak pernah sekali layu

Damainya hati ini

Yang dulu sering resah keliru

 

Aku merebahkan diri di atas katil sebaik sahaja usai menunaikan solat zohor. Mengenangkan keempukan katil ini, ingin sahaja aku memejamkan mata seketika lantaran kepenatan kuliah seharian semenjak pagi tadi. Mengisi jadual yang terlalu padat untuk hari ini, namun tidak mengapalah. Berkorban sebentar untuk bahagia mendatang. Aku cuba juga untuk menongkat mataku. Khuatir jika aku tertidur lalu terlajak hingga ke waktu Asar. Tidak sesekali untuk tidur di dalam kuliah, prinsip yang kupegang sebagai tanda menghormati guru yang mengajar jika ingin ilmu yang dipelajari itu barakah. Aku merenung dalam-dalam ke dinding kosong putih bilikku sambil bibirku tidak berhenti mengukir senyuman seorang diri. Ligat kotak ingatanku berhempas pulas mengingatkan sesuatu.

Read more...

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Pastinya kita semua mengharapkan redha-Nya dalam apa-apa jua amal yang kita lakukan, itulah tujuan utama kita hidup di atas dunia ini. Percayalah! bahawa saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada pelawat-pelawat dan pembaca-pembaca di Fikrah Halaqah.

Read more...

Allah loves us the most

 

Bercerita mengenai kasih sayang Allah  terhadap hambanya. Tertarik dengan kata-kata sahabat saya ketika di awal perubahannya. “Sesungguhnya Allah terlalu menyayangi kita. Jika Allah terlalu menyayangi kita, mengapa kita pula yang ingin mencampakkan diri kita sendiri ke lembah kebinasaan (neraka).” Saya menganggukkan kepala tanda membenarkan kata-katanya. Syurga Allah yang indah itu penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolak bandingnya.

Read more...

Oleh Norashikin Bt Abdullah

Hidup ini lebih bererti jika kita cuba untuk memberi sebanyak-banyaknya. Maka di situ, bermulalah kisah sebuah pengorbanan dan perjuangan kita sebagai seorang hamba Allah. Seorang doktor saya yang mengajar subjek Psychology pernah menceritakan tentang keadaan penduduk Mesir. Katanya kerana faktor penduduk di sini yang ramainya terdiri dari golongan yang susah dan mempunyai anak yang ramai, para suami kebiasaannya akan bekerja 24 jam setiap hari dengan melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk menyara keluarga mereka.

Read more...

Oleh: Norashikin Abdullah

 

Hubb itu Cinta

Memusnahkannya adalah sia-sia

Semua daripada kita mempunyai impian ingin membina sebuah istana mahligai cinta. Istana mahligai cinta yang ingin dibina sudah tentulah bukannya istana pasir yang sekali dilambung ombak pasti akan runtuh, tetapi istana mahligai cinta yang ingin didirikan teguhnya umpama batu karang di tengah  lautan, sekali dilanggar kapal laut yang besar, pastilah kapal laut itu yang hancur

Read more...