Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-quran

 

“Fath, anta nak tak masuk Maahad Tahfiz?” Tanya seorang rakan baik yang sedang belajar di Tahfiz.

“Maahad tahfiz tu macam mana belajarnya” Tanya ku spontan.

“Macam biasalah, hafal al-quran, belajar feqah, belajar tauhid dan lain-lain lagi” jawab dia selamber.

“Banyak kelebihan tau orang hafal al-Quran ni” tambahnya lagi.

 

Uish bestnya, mataku seakan-akan keluar segala jenis bintang2 yang bersinar pada masa itu, macam hendak ikut program skim cepat kaya sahaja lagaknya.

Teringat perbualan di atas dahulu ketika sedang menunggu keputusan UPSR, akibat degil cakap Umi, terus setahun tidak dapat apa-apa duduk di Tahfiz. Umiku berharap agar aku masuk ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah, banyaknya hikmah yang tersembunyi.

Berusahalah, mengisi borang sendiri dan persiapan temuduga sendiri di samping memujuk ayah yang baik hati agar menghantar aku ke temuduga Maahad Tahfiz. Begitulah serba sedikit kisah aku dahulu.

 

Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan orang yang menghafal Al-quran. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Al-quran adalah kitab suci yang perlu kita jaganya sehingga hari kiamat di samping isinya yang sangat bermukjizat sehingga tiada seorang pun dari kalangan manusia yang dapat menandinginya. Isi kandungannya dapat menyelesaikan setiap masalah kehidupan yang ada di dunia ini bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran dan pelajaran daripadanya.

 

Di dalam al-quran Allah telah berjanji bahawa dia akan menjaga Al-quran sehingga hari kiamat. Allah menjaganya dari hilang dengan meletakkannya di dalam hati-hati orang yang menghafal al-quran, sebab itulah Allah memudahkan manusia untuk menghafalnya di samping jumlah ayatnya yang tidak terlalu banyak dan tidaklah terlalu sedikit. Kalau kita menghafal buku ekonomi semuka, agak-agak berapa lama tempohnya, dah la boring bak kata kawan saya.

 

Berbeza dengan Al-quran, kita terasa mudah dan seronok untuk menghafalnya, terasa tenang kerana ia dibaca dengan berlagu. Subhanallah, kehebatan al-quran yang tiada tandingannya. Saya hafal al-quran dahulu di tahfiz, semuka hanya 15 minit. Mudah dan cepatkan. Sebab itulah saya berani cakap bahawa al-quran sangat-sangat istimewa.

 

Allah bukan sahaja menurunkan al-quran semata-mata untuk dihafal di samping ia menjadi kitab rujukan manusia, bahkan Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat banyak kepada orang yang menghafalnya sama ada di dunia dan di akhirat. Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran mati kelaparan? Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran minta sedeqah? Kalau ada buktikan pada saya. Saya jamin tidak akan ada. Kalau ada pun mungkin dia menghafal al-quran tetapi akhlaknya bukan dari akhlak al-quran.

 

Selain itu juga, orang yang menghafaz al-quran ini sangat mudah untuk menguasai  ilmu yang dipelajarinya. Saya telah lihat banyak buktinya daripada beberapa orang sahabat saya yang menghafal al-quran. Mereka memasuki tahfiz selama beberapa tahun pada awalnya, di situ mereka langsung tidak diberi pendedahan mengenai subjek akademik seperti di sekolah-sekolah yang lain yang setiap harinya belajar akademik. Tetapi apabila tahun itu adalah tahun untuk mereka mengambil SPM, mereka belajar sendiri atau pun menumpang ke sekolah-sekolah agama dan sekolah harian biasa selama setahun dua lebih kurang.

 

Apabila keputusan keluar sahaja, keputusan mereka amat-amat lah cemerlang berbanding pelajar-pelajar sekolah harian biasa yang setiap harinya adalah menghadap buku akademik semenjak dari tingkatan 1, ada yang dapat keputusan 10 A, ada yang dapat 9 A dan sebagainya. Junior saya mendapat 8 A baru-baru ini dan dia pun hendak belajar ke Jordan. Best kan al-quran tu.

“Ustaz, kami cemburulah dengan pelajar-pelajar tahfiz, kami pun hendak hafal al-quran, tapi tidak berkesempatan”  beberapa orang remaja mengadu.

 

“Allah swt itu maha adil wahai saudaraku. Dia tetap akan memberi kebaikan pada siapa yang dikehendakinya. Kalau kita selalu membaca al-quran, beramal dengan isi kandungan al-quran, berakhlak dengan isi kandungan al-quran, istiqomah hafal sedikit demi sedikit. Insyaallah, pada hari kiamat nanti kamu pun akan dibangkitkan sebagai orang yang ahli al-quran juga sekaligus mendapat syafaat dari al-quran” jawab ku tenang.

 

Saya selitkan beberapa kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.

 

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

 

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 

2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, “Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring.” Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Kedua : Ganjaran di akhirat

1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

 

2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit).”(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).

 

3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”.

(Hadis Riwayat Tarmizi)

 

kesimpulan

Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.

 

Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.

Sebab itu janji Allah swt.

 

 

This entry was posted in Dakwah & Motivasi on by .

About Fathullah Al-Haq

Muhammad Fathullah Al-Haq Bin Muhammad Asni. Lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan. Sekarang sedang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Agama di Syarikat Kump. KarangKraf di Shah Alam. Boleh hubungi beliau di fath_asni@yahoo.com atau No h/p: 0149089464

11 thoughts on “Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-quran

  1. zausim

    alhmdlah sgt mmenuhi pncarian sy ketika ini.thniah n syabas.moga terus mmbantu ummat memahami tiap perilaku kita smua d ats muka bumi Allah ni ameen

    Reply
  2. aisy

    Alhamdulillah , tahniah diucapkan kepada sesiapa yang sudah bergelar hafizul quran ataupun yang masih dlm perjalanan menghafaz kalamNya . Banyak kelebihan yg disebutkan bagi penghafal alQuran , bukan mudah hendak menghafal dan mengekalkan hafazan tersebut . Moga kita sama2 istiqamah dalam memelihara kesucian kalamNya . Ameen .

    Reply
  3. Doreen

    Maaf mengganggu, sebenarnya saya ini seorang kristian tapi sy tertarik dgn ajaran islam apatah lagi apabila sy mendengar org baca al quran di TV, sy sudah sekian lama ingin masuk islam tetapi ahli keluarga sya x membenarkan sy msuk islam..oleh itu, jika x keberatan sy mohon agar kalian semua yg beragama islam boleh berdoa untuk sy kpd allah agar allah menberi sy hidayahNYA dan mengizinkan sy msuk islam dlm masa yg secepat mungkin, sy juga arap kalian dpt mendoakan agar ahli keluarga saya dan datuk nenek sya (sebelah ibu dan bapa) agar allah dpt lembutkan hti mereka dgn mengizinkan sy msuk islam. sy tulus ingin msuk islam kerana allah dan sy tertarik dgn perempuan islam yg mendirikan solat. semoga sya boleh mendapat maklum balas melalui email sya. terima kasih.

    Reply
    1. ajak

      InsyaAllah, saya bukan la seorang muslim yang sempurna akan tetapi saya banga dengan initiative Doreen utk menentukan dan memilih yang terbaik utk diri… Saya doakan Doreen, semoga Allah meperkuatkan hidayah bagi diri Doreen… saya sangup membantu sekiranya perlukan bantuan

      Reply
      1. doreen

        semoga kalian jgn lupa doakan sy kepada Allah ya? sy betul2 harap dpt msuk islam..sy mohon sgt tolong laa doa kan sy ok? sy hargai pertolongan kalian…
        sy sgt hargai setiap detik waktu apabila sy sudah berjaya masuk islam tapi sy ada halangan dri keluarga sy..sebenarnya, sy sedar bhawa islam itu indah sejak sy sedia mendengar rakan2 sy mengkongsikan crita tentang islam dan sy juga percaya bhwa setiap bayi yg dilahirkn adalh fitrah dan hanya ibubapa kita sendri yg jadikn kta sebagai yahudi, nasrani dan sebagainya..so, I hope u guy doakan sy ya? thank you :)

        Reply
        1. admin Post author

          insyaallah, jgn risau.. nabi Muhamaad SAW sentiasa menyuruh org islam mendoakan kesejahteraan utk sume org kat dunia ni supaya diberi hidayah dan petunjuk..Allah menyebut dlm al-quran: bertolong2lah kamu dlm perkara kebaikan, jangn kamu bertolong2 di dalam perkara kemungkaran.. kami sentiasa akan beri sokongn yg padu kerana Allah SWT..

          Reply
          1. doreen

            Moga2han kalau ada diantara kalian yg mendirikan solat waktu jam3 subuh, tolong ya doakan sy…terima kasih :)insyaallah doa kalian akan dimakbulkan..

  4. mama my

    Assalamualaikum tuan admin.
    Saya hanya ingin meminta kata2 semangat dari saudara.Saya seorang ibu kepada seorang pelajar tahfiz.sebelum ini anak saya belajar di sek men agama biasa.Dia sgt cemerlang akedemiknay disini.Tapi disebabkan kecenderungannya ingin mempelajari agama dgn lebih mendalam saya sebagai ibu menghantarnya ke sekolah Darul Quran Wal Hadith.Alhamdulillah setakat ini dia sudah menghabiskan 2 juz hafalannya.dan sudah mendapat gelaran syahadah.Di sek ini 3 tahun mereka menhafal Al-Quran dan membaca Sahih bukhari dan muslim bersama syeikh mereka.tahun ke 4 baru mereka akan mula serius belajar akedemik utk SPM .sekarang ini1 hari cuma 1 jam mereka belajar akedemik.Cumanya saya sejak2 akhir2 ini selalu memiikirkan adakah keputusan saya sebagai ibu ini betul kerana anak saya yg cemerlang akedemik saya tukarkan dan dia terpaksa belajar balik dari semula padahal dia sepatutnya sudah mengambil PMR tahun ini.Bila saya tanyakan kepada anak saya dia juga kdg2 terfikir adakah keputusannya bertukar sekolah itu betul,Tapi anak saya suka belajar di sek skrg kerana selalu mereka dibawa bersama syeikh mereka mendengar majlis ilmu dari ulama2 terkenal.
    Adakah rasa ragu2 dgn keputusan ini datangnya dari syaitan yg sememangnya tidak mahu melihat anak saya menjadi tahfiz?apa pendapat saudara sebagai seorang tahfiz?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>