Saturday, 02 August 2014
2.png0.png6.png2.png1.png
Today120
Total20621

Visitor Info
  • IP: 54.204.138.201
  • Browser: unknown
  • Browser Version: unknown
  • Operating System: unknown

Who Is Online
7
Online

Saturday, 02 August 2014 06:30
Powered by CoalaWeb
28 May 2014

ANCAMAN BAGI PENDUSTA ATAS NAMA ALLAH DAN RASUL

Jika sesuatu hadis itu dipindah-pindahkan tanpa diketahui jalan sanadnya (susur galur riwayat). Mudahlah bagi ulama hadis untuk mengumpul hadis. Dengar
28 May 2014

CARA MELUPUSKAN HARTA YANG TIDAK HALAL

Soalan: Assalamu’alaikum ustaz. Ingin bertanya, bagaimana dengan nasib orang yang makan dari hasil yang tidak halal? Tapi dia tidak tahu yang
23 June 2014

Keutamaan Bulan Sya'ban Menurut Hadis-Hadis Sahih

Keutamaan Bulan Sya'ban Menurut Hadis-Hadis Sahih (Sertai Facebook Fathullah Al-Haq Muhamad Asni) (https://www.facebook.com/fathullah.alhaq)     Berikut dihimpunkan beberapa hadis sahih yang menyebutkan keutamaan bulan Sya’ban. Daripada A’isyah radliallahu ‘anha, beliau mengatakan, يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا
24 June 2014

Pengertian Sihir Dan Hakikatnya

Pengertian Sihir Dan Hakikatnya (Sertai Facebook Fathullah Al-Haq Muhamad Asni) (https://www.facebook.com/fathullah.alhaq)   1.      Apakah pengertian sihir dan hakikatnya? Segala puji bagi Allah, selawat dan salam sentiasa dicurahkan kepada Nabi SAW, keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya hingga hari kiamat.       Sihir merupakan salah satu jenayah besar, kufur dan termasuk dalam perkara sering diuji
14 July 2014

ADAKAH BOLEH MENGGUNAKAN PIL CEGAH HAID KETIKA HENDAK MELAKUKAN IBADAT?

Adakah boleh menggunakan pil cegah haid? (Sertai Facebook Fathullah Al-Haq Muhamad Asni) (https://www.facebook.com/fathullah.alhaq) Soalan: Adakah dibenarkan seorang wanita memakan pil menghalang datangnya haid pada bulan Ramadan atau ketika ingin menunaikan haji dan umrah? Sekiranya telah datang waktu haidnya tetapi haid tidak turun disebabkan pil tersebut, apakah ibadatnya sah? Jawapan: Pertama, dia boleh menggunakan pil

Akidah

Bidadari

English Section

Teks

Dakwah & Motivasi

Fekah & Ibadah

Ulum Al-Quran & Hadis

Umum & Isu Pilihan

Keluarga Islam

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ IALAH PENEGASAN TERHADAP TAUHID

(Sertai Facebook Fathullah Al-Haq Muhamad Asni)

 

Di dalam lipatan sejarah umat Islam, antara peristiwa yang terhebat ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Ia merupakan di antara mukjizat terbesar serta tanda kerasulan Nabi SAW. Di dalamnya terdapat banyak peristiwa yang perlu kita jadikannya sebagai pengajaran dan pedoman sepanjang hidup.

Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa, tetapi ia juga membawa pelbagai hikmah yang besar, ditunjukkan kepada Nabi SAW sebagai bukti kebesaran Allah SWT. Di dalamnya juga diperintahkan ibadah yang terbesar di dalam Islam iaitu ibadah solat.

Israk dan Mikraj juga merupakan medan ujian bagi manusia, sama ada selepas mendengar kisah ini akan terus beriman kepada Allah SWT atau mengingkarinya lalu kembali kepada kekufuran.

Ia juga adalah pengukur bagi iman seseorang, jika seseorang itu tidak mempercayai dan menafikan kisah ini, maka imannya terbatal. Justeru, akurlah bahawa akal dan diri kita ini amat lemah berbanding dengan kerajaan dan kekuasaan Allah SWT.

 

 

Israk Dan Mikraj Bersumberkan al-Quran Dan Hadis

Maksud Israk ialah perjalanan Nabi SAW yang menakjubkan, ia bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds. Maksud Mikraj pula ialah peristiwa yang berlaku selepas daripada Israk iaitu perjalanan naik ke lapisan-lapisan langit, sehingga sampai ke satu tahap yang tidak dapat dicapai oleh ilmu makhluk dan tiada sesiapa yang tahu akan hakikatnya. Kemudian kembali semula selepas itu ke Masjid al-Haram di Mekah. (Fiqh Sirah, Syeikh Muhammad al-Ghazali, hlm. 138)

Peristiwa ini bukanlah sampai kepada kita melalui cerita dongengan atau perkara yang direka-reka. Bahkan ia bersumberkan daripada al-Quran dan hadis yang sahih.

Firman Allah SWT, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’: 1)

Lagi kata Allah SWT, “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi. Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.” (An-Najm: 13 – 18)

Demikian juga sabda Nabi SAW, “Dalam perjalanan Nabi SAW menaiki buraq, iaitu sejenis binatang lebih tinggi sedikit daripada keldai tetapi ia bukannya baghal. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang. Apabila sampai ke masjid al-Aqsa, maka Nabi SAW solat dua rakaat. Kemudian Jibril datang kepada Nabi SAW sambil membawa air arak dan susu, maka Nabi SAW memilih untuk meminum susu. Kata Jibril, “Kamu telah memilih fitrah.” Kemudian membawa Nabi SAW menaiki ke lapisan langit yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya sehingga ke Sidrah al-Muntaha. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi SAW akan solat lima yang mana asalnya adalah 50 waktu solat sehari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah di antara kisah yang direkodkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

 

Bila Peristiwa Ini Berlaku

Mesti kita tertanya-tanya bilakah peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku. Mengenai masa, para ulama telah berselisih pendapat, iaitu ada enam pendapat. Antaranya (Rahiq al-Makhtum oleh Furi, hlm. 135):

1.       Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa tahun Allah SWT mengurniakan kenabian kepada Nabi SAW. Ini adalah pendapat Imam at-Tobari.

2.       Dikatakan peristiwa ini berlaku selepas 5 tahun Nabi SAW diutuskan sebagai Rasul. Ini adalah pendapat yang dirajehkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Qurtubi..

3.       Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa malam ke 27 daripada bulan Rejab, iaitu dalam tahun ke sepuluh kenabian.

4.       Dikatakan berlaku pada 16 bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Ramadan pada tahun ke 12 kenabian.

5.       Dikatakan berlaku pada setahun dua bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Muharram pada tahun ke 13 kenabian.

6.       Dikatakan juga berlaku pada setahun sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Rabi’ al-Awwal pada tahun ke sepuluh kenabian.

Tiga pendapat pertama di atas ditolak. Ini kerana, isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Khadijah wafat dalam bulan Ramadan pada tahun ke sepuluh kenabian. Sedangkan para ulama hadis telah bersepakat bahawa ibadah solat difardukan selepas daripada kewafatan Saidatina Khadijah iaitu semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Justeru, peristiwa ini berlaku dalam tempoh daripada tiga pendapat yang masih berbaki. Mana yang tepat? Ulama tidak sepakati. Namun, tidak penting untuk kita tahu masa bilakah peristiwa ini berlaku, terpulang pada kita untuk tentukan tarikh yang mungkin mudah bagi kita mengadakan ceramah sempena peristiwa Israk dan Mikraj, cuti umum atau sebagainya.

 

Adakah Nabi Pergi Dengan Roh Sahaja Atau Sekali Dengan Jasadnya

Sekali lagi timbul perbincangan di kalangan para ulama mengenai adakah Nabi SAW diisrakkan dan dimikrajkan dengan rohnya sahaja atau sekali dengan jasadnya. Majoriti para ulama mengatakan bahawa Nabi SAW pergi dengan roh serta dengan jasadnya sekali.

Ini adalah pendapat yang paling kuat sebagaimana yang diakui oleh Imam an-Nawawi dalam syarah sahih Muslim, Ibnu Hajar al-Asqolani dalam Fath al-Bari, Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam Zaadu al-Maad serta lain-lain.

Antara alasan yang menguatkan hujah ini ialah, jika Nabi SAW memberitahu kepada orang kafir Quraisy bahawa dia pergi dengan rohnya sahaja, sudah tentu mereka tidak terkejut dan cepat menafikan berita tersebut. Kerana boleh jadi mimpi yang mana ia tidak mustahil boleh berlaku kepada orang Islam atau pun orang kafir.

Namun disebabkan Nabi SAW memberitahu bahawa dia pergi dengan dirinya sendiri, maka ia membuatkan orang kafir Quraisy sangat terkejut lalu menafikan berita tersebut dengan sekeras-kerasnya. (Fiqh Sirah an-Nabawi, Ramadan al-Buti, hlm. 114)

Jika difikirkan dari segi logik, agak munasabah alasan ini. Ini kerana, mimpi atau khayalan boleh membuatkan seseorang itu masuk ke alam yang di luar jangkaannya. Ya, kadangkala kita berkhayal atau bermimpi kita boleh terbang, atau kita boleh sampai ke suatu tempat yang jauh dengan masa yang amat singkat tidaklah mengejutkan kita. Kerana ianya hanyalah sebuah mimpi atau khayalan.

Namun nyata, peristiwa yang berlaku kepada Nabi ini amat ajaib, iaitu baginda SAW pergi dengan jasadnya sekali. Ia adalah bukti kenabian Nabi SAW serta tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

 

Ganjaran Hasil Dari Kesabaran

Sebelum Nabi SAW menjalani peristiwa Israk dan Mikraj, jiwa Nabi SAW amat sedih dan amat berkecil hati. Ini kerana, sifatnya sebagai manusia biasa yang berhadapan dengan pelbagai ujian dakwah, sedikit sebanyak membawa kesan terhadap dirinya. Rasa lemah, sedih, sakit, kecil hati dan sebagainya menyelubungi diri Nabi SAW.

Ya, ini kerana hakikat Nabi SAW adalah seorang manusia biasa seperti kita. Baginda memikul urusan dakwah dengan amat berat. Sudah menjadi lumrah, apabila seseorang itu memikul urusan dakwah. Sudah pasti ia akan berhadapan dengan pelbagai jenis ujian, Nabi SAW tidak terkecuali dalam hal ini.

Baginda merasai sakit ketika dibaling batu. Rasa sedih tika diejek gila oleh orang ramai. Dibalas dengan perbuatan keji, sedangkan Baginda datang untuk tujuan dakwah tanpa kepentingan untuk diri sendiri dan pelbagai lagi.

Sebelum berlaku peristiwa besar ini, di samping berhadapan dengan rintangan yang pelbagai, pada tahun itu Nabi SAW telah kehilangan bapa saudaranya yang tercinta iaitu Abu Talib. Wafatnya isteri Nabi yang tercinta yang selalu membantu dan memberi sokongan kepada Nabi SAW. Dihalau oleh penduduk Quraisy keluar daripada kota Mekah ketika tidak ada lagi perlindungan daripada bapa saudaranya.

Dibaling batu tika berdakwah ke kota Taif sehingga mengalir darah Nabi dari atas hingga ke bawah, serta banyak lagi ujian yang Nabi tempuh. Sehingga pada tahun itu popular dengan gelaran tahun kesedihan bagi Nabi dan umat Islam seluruhnya. Kadangkala, sakit hati lebih mendalam kesannya daripada sakit luaran.

Kita bayangkan, betapa sedihnya Nabi kerana kehilangan bapa saudaranya yang selama ini menjadi benteng dakwah daripada kejahatan kaum Quraisy, yang selalu memberi kata-kata semangat, menyara Nabi SAW daripada kecil hingga besar, bermatian-matian mempertahankan Nabi SAW daripada dihina dan sebagainya. Besarnya jasa Abu Talib kepada Nabi SAW sehingga membuatkan Nabi SAW terlalu sedih.

Kesedihan ini ditambah lagi dengan kematian isterinya yang tercinta iaitu Saidatina Khadijah. Isteri yang berkorban segala-galanya untuk suami, sangat amanah dan jujur, sentiasa bersama dengan Nabi SAW sama ada senang atau susah dan lain-lain amat membawa kesan kepada jiwa Nabi SAW.

Selepas kematian bapa saudaranya dan isterinya. Kesedihan dan derita bertambah lagi apabila tiada lagi pembelaan sehingga diletakkan najis binatang di atas kepala Nabi SAW. Mereka benar-benar menggunakan peluang untuk menyeksa Nabi SAW.

Peristiwa ini ada diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, katanya, “Ketika Nabi SAW sedang solat di sisi Kaabah, Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk di situ. Semalamnya seekor unta telah disembelih. Lalu Abu Jahal berkata,

“Siapakah di antara kamu yang akan pergi ambil tembuni atau uri unta yang disembelih oleh bani fulan, kemudian meletakkannya di antara dua bahu Muhammad ketika dia sujud?” lantas orang yang paling celaka di antara mereka bangun lalu pergi mengambil tembuni itu.

Ketika Nabi SAW sujud, dia pun meletakkan uri itu di antara dua bahu baginda. Mereka pun tergelak dan ketawa terbahak-bahak sesama mereka. Aku pula sedang berdiri melihat sahaja. Kalaulah aku ada kekuatan, sudah pasti aku akan membuang uri itu dari atas belakang baginda.

Namun Nabi SAW tetap sujud tanpa mengangkat kepalanya, sehingga seorang lelaki pergi memberitahu Fatimah. Beliau yang masih kecil lagi ketika itu terus datang lalu membuang uri itu daripada Nabi SAW.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bayangkan betapa sedihnya Nabi ketika itu diuji dan dihina begitu sekali. Sekali sekala apabila kita membaca kisah ini, kita lihat pula diri kita. Adakah dinamakan dakwah jika kita bersenang-lenang duduk goyang kaki tanpa melakukan apa-apa pengorbanan.

Walaupun pengorbanan kita tidak sama dengan Nabi, tetapi kita hendaklah tahu bahawa dakwah itu pasti akan menagih pengorbanan daripada kita, tidak banyak, sedikit pasti ada. Rasa kehilangan masa, harta, keletihan dan sebagainya. Janganlah mudah rasa putus asa di atas jalan dakwah, percayalah bahawa ada insan yang lebih teruk ujiannya daripada kita.

Kemudian apabila tiada lagi harapan di Mekah, Nabi SAW berfikir untuk membawa risalahnya ke tempat lain. Semoga tempat lain itu lebih baik penerimaannya dan lebih mudah menyahut seruan dakwah. Lantaran itu, baginda membawa Zaid bin Harisah bersama sebagai teman, kemudian menuju ke perkampungan Taif.

Apabila sampai ke Taif, Nabi SAW bertemu dengan para pembesar kota Taif dan memberitahu tujuan Nabi SAW ziarah ke situ. Baginda bercakap kepada mereka tentang Islam serta mengajak mereka kepada agama Allah SWT. Tanpa fikir panjang, mereka menolak semua ajakan Nabi SAW dengan cara yang amat keji.

Baginda tinggal di sana selama sepuluh hari, pergi dari satu rumah ke satu rumah, tanpa sebarang tindak balas. Sebenarnya, kaum Saqif lebih keji daripada apa yang diharapkan. Mereka mengherdik Nabi SAW dengan berkata, “Keluarlah kamu dari negeri kami.” Kemudian mereka menyuruh semua orang keluar untuk menyakiti Nabi SAW.

Kemudian mereka berdiri dalam dua barisan, sambil melontar batu kepada baginda. Sementara itu, Zaid bin Harisah cuba melindungi Nabi SAW, tetapi sia-sia sahaja sehingga kepala Zaid luka berdarah. Rasulullah pula luka di sana sini sehingga mengalir darah di kakinya.

Setelah jauh sedikit akibat dikejar, Nabi berehat di sebuah dusun. Ketika itu Nabi berasa amat susah hati dengan situasi pahit yang menimpanya sekarang. Kenangan-kenangan peristiwa yang telah dialami bersama penduduk Mekah sebelum ini, datang ke benak Nabi SAW. Ketika itu jiwa terlalu berat menanggung penderitaan seraya memujuk hati dengan berdoa kepada Allah SWT. Rintih Baginda dalam doanya,

“Ya Allah, hanya kepada-MU jua aku mengadu kelemahan kudratku, kekurangan daya usahaku dan kehinaanku di sisi manusia. Engkau yang paling mengasihi. Engkau tuhan orang-orang yang ditindas. Engkau tuhanku. Kepada siapakah Engkau akan serahkan diriku? Kepada orang jauh yang menyerangku, atau kepada musuh yang Engkau jadikan mereka menguasaiku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, (maka itu sudah memadai) aku tidak peduli (lagi kepada yang lain).

Tetapi perlindungan-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi segala kegelapan, dan mengelokkan urusan dunia dan akhirat, (aku berlindung) daripada ditimpa kemurkaan-Mu atau terkena kemarahan-Mu. Hanya kepada-MU juga aku pohonkan keredaan sehinggalah Engkau reda. Tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan-Mu jua.”

Kuatnya kebergantungan Nabi kepada Allah SWT. Walaupun dihina dan disakiti, tetap mengadu segala urusan kepada Allah. Amat hebat apa yang berlaku kepada Nabi SAW sebagai seorang insan, Nabi tidak kebal dengan perkara luar biasa, kecuali yang dianugerahkan Allah SWT.

Kemudian tidak lama kemudian, setelah berhadapan dengan pelbagai jenis rintangan. Allah SWT memanggil Nabi untuk melihat kekuasaannya yang menjangkaui langit dan bumi, bertemu dengan para Nabi terdahulu yang tidak kurang hebat juga ujiannya, memujuk dan meyakinkan hati Nabi SAW bahawa segala kekuasaan hanyalah milik Allah SWT. Apa yang ada di bumi ini hanyalah debu.

 

Peristiwa Ringkas Israk dan Mikraj

Diri Nabi SAW telah dijalankan daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds dengan menaiki binatang yang bernama Buraq. Iaitu binatang yang datang bersama dengan Malaikat Jibril. Setelah sampai Nabi SAW solat di dalam masjid al-Aqsa.

Sebelum difardukan solat lima waktu, umat Islam hanya solat dua rakaat pada waktu pagi dan petang sebagaimana yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Kemudian, Nabi SAW dinaikkan daripada masjid al-Aqsa ke langit dunia bersama Jibril. Apabila melepasi langit pertama, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Adam. Lalu Nabi Adam mengucapkan salam kepada Nabi SAW serta mengakui kenabian Nabi SAW. Semasa dalam perjalanan Nabi SAW diperlihatkan roh-roh yang bahagia di sebelah kanan Nabi dan roh-roh yang jahat di sebelah kiri Nabi SAW.

Kemudian meneruskan perjalanan ke langit yang kedua, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Yahya bin Zakaria dan Isa bin Maryam. Mereka memberi salam dan mengakui kenabian Nabi SAW.

Kemudian ke langit ketiga, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Yusof. Beliau juga memberi salam dan mengakui kenabian Nabi SAW. Kemudian ke langit keempat bertemu dengan Nabi Idris, kemudian ke langit kelima bertemu dengan Nabi Harun bin Imran, kemudian ke langit keenam bertemu dengan Nabi Musa dan kemudian ke langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim. Mereka semua menyatakan perkara yang sama sebagaimana yang diucapkan oleh nabi-nabi terdahulu.

Kemudian Nabi SAW meneruskan perjalanan ke sidrah al-Muntaha. Selepas itu Nabi SAW dibawa masuk ke dalam rumah bernama al-Makmur. Di situ Nabi SAW difardukan oleh Allah SWT lima puluh waktu solat.

Kemudian Nabi turun, apabila sampai sahaja ke tempat Nabi Musa, Nabi Musa menasihati baginda dengan berkata, “Ibadah sebanyak itu tidak mampu untuk dilakukan oleh umatmu, kerana umatmu amat lemah berbanding umatku. Jadi naiklah ke atas berjumpa dengan Allah SWT minta untuk dikurangkan.”

Peristiwa itu berlaku berulang kali hingga dikurangkan menjadi lima. Namun Nabi Musa menasihati lagi baginda supaya naik lagi untuk dikurangkan, tetapi Nabi SAW menjawab bahawa dia malu untuk berjumpa dengan Allah SWT. (Zaadu al-Maad, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, juz. 2, hlm. 47, 48)

Selepas kembali ke Mekah, keesokan harinya Nabi SAW menyebarkan berita yang dilalui malam tadi kepada semua orang. Ketika Nabi menceritakan, kaum Quraisy amat terkejut dengan berita seperti itu, lalu mereka menafikan berita tersebut dengan sekeras-kerasnya. Orang-orang yang mula baru masuk Islam terus meninggalkan Nabi selepas mendengar berita tersebut.

Ketika mana kaum Quraisy mendustakan Nabi SAW, salah seorang mereka menguji Nabi SAW dengan berkata, “Sekiranya kamu pergi ke masjid al-Aqsa, boleh nyatakan kepada kami ciri-ciri binaan masjid al-Aqsa?” Maka Allah SWT mengurniakan kepada Nabi SAW gambaran mengenai bangunan masjid al-Aqsa di antara kedua matanya.

Hal ini diceritakan oleh Nabi SAW, “Ketika mana kamu Quraisy mendustakan aku, Allah SWT telah memperlihatkan kepada aku akan bangunan masjid al-Aqsa, lalu aku menceritakannya secara lengkap kepada Quraisy.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, kaum Quraisy tetap menuduh baginda sebagai pendusta, ahli sihir dan sebagainya. Ketika mana salah seorang Quraisy bertanya kepada Abu Bakar selaku sahabat karib Baginda mengenai berita yang dibawa oleh Nabi SAW, lalu dia menjawab, “Sesungguhnya aku percaya dengan semua apa yang diperkatakan oleh Nabi SAW, sekiranya lebih daripada itu pun, aku tetap akan percaya.”

Dahsyatnya kesesatan kaum musyrikin Mekah ketika itu, kentalnya iman Abu Bakar. Selepas diherdik dan diejek, Nabi SAW tetap bersemangat untuk meneruskan usaha dakwah hingga akhir. Baginda tahu dan yakin bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan kerajaan Allah SWT.

 

Hikmah Dan Pengajaran

1.       Penegasan Terhadap Akidah Islam

Peristiwa ini menggambarkan kepada kita secara jelas bahawa kerajaan Allah SWT amat besar. Tiada daya upaya melainkan hanya daripada Allah SWT. Hal ini juga menunjukkan kepada kita Nabi SAW adalah seorang hamba Allah, tiada kelebihan tertentu melainkan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Ini sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya.” (Al-Israk: 1)

Di dalam ayat tersebut secara jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW adalah seorang hamba Allah yang dilantik sebagai Rasul. Tiada padanya kelebihan tertentu atau sifat-sifat seperti ketuhanan.

Ini dijelaskan lagi oleh Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Maha suci tuhanku! Aku hanyalah seorang manusia yang diutuskan menjadi Rasul (seperti para Rasul yang lain. Kami tidak dapat melakukan mukjizat melainkan dengan izin Allah SWT.” (Al-Israk: 93)

Hakikat ini juga dijelaskan lagi oleh Allah SWT di dalam surah al-Kahfi, katanya, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu.” (Al-Kahfi: 110)

Justeru, apabila kita meminta dan mengharap, kita akan meminta terus kepada Allah SWT. Kita tidak minta kepada Nabi Muhammad atau selainnya. Kita juga tidak seperti agama Kristian yang apabila mendapat nikmat atau malapetaka akan menyebut Jesus. Tidak juga seperti Yahudi yang mengagungkan Uzair hingga menggelarnya sebagai anak tuhan.

Oleh itu, agama kita adalah tauhid yang jelas iaitu membesarkan Allah SWT yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

Fikirkan jika Nabi SAW dianugerahkan dengan ciri-ciri ketuhanan. Sudah pasti, manusia akan mencari alasan supaya tidak beramal soleh dan tidak tunaikan dakwah. Ini kerana, mereka beralasan bahawa Nabi SAW boleh lakukan semuanya kerana dia ada kelebihan-kelebihan tertentu.

Tetapi maha suci Allah yang melenyapkan alasan ini. Semua manusia akan dipertanggungjawabkan jika tidak beramal soleh atau tidak menunaikan dakwah. Ini kerana, Allah SWT telah mengutuskan Nabi SAW dari kalangan manusia untuk menjadi suri teladan sepanjang hayat kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini.

 

2.       Cabaran Dakwah

Telah menjadi lumrah di dalam perjuangan dakwah, seseorang itu pasti akan terpalit dengan pelbagai jenis ujian. Tidak sedikit, banyak pasti ada. Sebab itu, ganjaran bagi orang yang berdakwah kepada Allah SWT amat besar ganjarannya. Ini banyak diceritakan di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Ini juga dibawa contoh oleh Nabi SAW ketika berdakwah. Baginda berasa sedih, sakit, luka, berlumuran darah, mengorbankan masa, harta dan sebagainya. Sebab itu, kita tidak boleh persoalkan Nabi SAW, jika kita sendiri terpalit dengan cabaran berdakwah. Kerana apa yang dilalui oleh Nabi SAW lebih lagi berkali-kali ganda daripada kita.

Justeru di dalam berdakwah, kita tiada alasan. Perlukan pengorbanan yang besar untuk mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Jika kita tidak sambut perjuangan ini, pasti akan ada hamba Allah yang lain akan menyambutnya. Beruntung bagi mereka yang terpilih.

 

3.       Mukjizat Terbesar Adalah al-Quran

Telah menjadi lumrah insan di atas muka bumi ini ialah berasa kagum apabila berjumpa dengan sesuatu yang pelik. Sebab itu, sebelum pada zaman Islam, orang-orangnya ramai beriman secara terkejut sebagaimana kaum Nabi Musa dan lain-lain.

Apabila mereka ditunjukkan dengan perkara yang pelik seperti ditunjukkan mukjizat tertentu atau diugut untuk dihempap dengan bukit. Maka mereka cepat-cepat beriman kepada Allah SWT, tetapi apabila sesuatu mukjizat sudah tidak ada atau ugutan dialihkan, maka mereka dengan cepat mendustakan Allah dan para Rasul.

Namun, tidak bagi para sahabat, para sahabat beriman dengan akal yang waras. Dididik dengan al-Quran, berkorban ketika berdakwah, rasa sakit, rasa sedih, kehilangan orang tersayang, harta dan sebagainya semua dirasai oleh para sahabat.

Justeru, walaupun Israk dan Mikraj adalah mukjizat yang besar, tetapi mukjizat yang terbesar di dalam agama Islam ialah al-Quran. Apabila kita berdakwah, kita tidak boleh tunjuk bukti mukjizat Israk dan Mikraj kerana ia berlaku pada zaman Nabi.

Tetapi al-Quran, kita boleh buktikan mukjizatnya sehingga ke hari kiamat. Berapa ramai yang kagum dengan kehebatan al-Quran, lalu mereka masuk agama Islam. Ia bukan sekadar kitab, tetapi kandungannya adalah penyuluh dan panduan bagi seluruh manusia.

Kadangkala sedih dengan masyarakat hari ini, mereka sering didedahkan dengan hal-hal yang pelik. Lalu mereka takut dan beriman. Tetapi perkara itu tidak akan kekal panjang, kerana mereka kekal dalam kejahilan. Berapa ramai yang telah melihat perkara pelik, kemudian kembali melakukan kemungkaran dan sebagainya.

Oleh itu, perkara yang penting ialah didikan yang berpanjangan. Jelaskan mengenai hakikat Islam, iman, ketuhanan, pahala, dosa, neraka, syurga dan lain-lain. Apabila mempunyai ilmu-ilmu ini, maka mereka sukar untuk jatuh ke dalam lubang kemungkaran. Kerana mereka ada ilmu yang benar iaitu dipelajari daripada al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.

 

4.       Kepentingan Solat

Selain daripada diperlihatkan kepada Nabi SAW akan tanda-tanda kebesaran Allah SWT di dalam Israk dan Mikraj. Sebenarnya, di dalam peristiwa tersebut ada satu misi yang amat besar iaitu difardukan ibadah solat.

Solat ialah suatu ibadah yang amat istimewa, ia nya terlalu penting sehinggakan jika seseorang itu mengabaikan tanggungjawab solat dengan sengaja. Maka amalan-amalan baik yang lain juga akan menjadi cacat. Lantas ia dinamakan sebagai tiang agama.

Jika kita perasan, ibadah-ibadah atau wahyu yang lain sering kali ia dibawa oleh Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi tidak ibadah solat. Nabi SAW pergi berjumpa dengan Allah SWT dan

difardukan ke atas umat Islam solat 5 waktu sehari semalam kepadanya tanpa perantaraan daripada Jibril.

Solat juga merupakan waktu yang paling dekat antara hamba dengan Tuhannya. Ia juga boleh mengubah insan untuk jadi baik jika tunaikannya sebaik mungkin. Justeru kata Allah SWT, “Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah daripada perbuatan buruk dan mungkar.” (Al-Ankabut: 45)

Persis juga dengan kata Nabi SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat dengan Tuhannya.” (Riwayat Bukhari)

Syeikh Muhammad al-Ghazali ada mengatakan, “Solat disyariatkan di langit supaya solat menjadi wasilah yang meninggikan manusia setiap kali martabat mereka direndahkan oleh hawa nafsu dan keseronokan dunia. Solat yang disyariatkan oleh Allah SWT tidaklah sama dengan solat yang ditunaikan oleh ramai manusia hari ini.

Ini kerana, tanda solat sebenar ialah solat itu mencegah pelakunya daripada melakukan maksiat. Solat akan menyebabkan seseorang itu malu untuk berterusan melakukan maksiat. Jika solat yang ditunaikan secara berulang kali tidak mampu untuk mengangkat pelakunya ke tahap tersebut, maka solat itu dusta semata.

Sesungguhnya penyucian yang dilakukan oleh solat itu menghilangkan ‘debu-debu’ yang mendatang dan melekat di hati manusia. ‘Debu-debu’ yang mendatang dan melekat pada seseorang manusia dalam kehidupan ini sangat banyak.

Tetapi pembersih-pembersih lebih banyak! Dalam sebuah hadis menyebut, “Kesilapan seseorang lelaki (begitu juga perempuan) berkaitan urusan keluarga, harta, diri sendiri dan jirannya dihapuskan oleh puasa, solat, sedekah, menyuruh kepada perbuatan baik dan mencegah perkara yang mungkar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun bagi pemilik hati yang mati, maka solat tidak langsung bermanfaat kepadanya. Mereka kekal begitu sehingga hati mereka hidup kembali atau ditimbus oleh tanah.” (Fiqh Sirah, Muhammad al-Ghazali, hlm. 146)

 

5.       Institusi Masjid

Antara perkara yang jelas kita lihat daripada peristiwa ini ialah pemindahan di antara dua masjid, iaitu daripada masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa. Masjid merupakan satu institusi yang amat penting untuk pembinaan masyarakat. Jika masjid tidak memainkan peranannya, pasti masyarakat sekeliling akan menjadi lemah.

Ketika mana Nabi SAW sampai ke kota Madinah, mula-mula yang Nabi bina ialah masjid. Masjid merupakan medium yang paling baik untuk menghimpunkan umat Islam demi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah umat Islam, di samping ia adalah tempat untuk membulatkan hati manusia supaya menyembah Allah semata-mata.

Ketika zaman Nabi SAW, banyak kegiatan yang dilakukan di dalam masjid. Ia adalah tempat ibadah, mesyuarat, menyampaikan ilmu, himpunan umat Islam, merapatkan hubungan antara umat Islam dan lain-lain.

Lihat, betapa pentingnya institusi masjid. Justeru, peranan masjid perlu disuburkan di tempat masing-masing, agar kesatuan umat Islam akan lebih terserlah dari masa ke semasa.

 

6.       Pelengkap Risalah Dalam Sejarah Manusia

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, jelas kelihatan kepada kita pertalian yang terjalin di antara seluruh para Nabi Alaihumussalam. Ini merupakan salah satu perkara asas dalam agama Islam.

Firman Allah SWT, “Rasul (iaitu Nabi Muhammad SAW) dan orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepada baginda daripada Tuhannya. Setiap mereka beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya.” (Al-Baqarah: 285)

Ucapan-ucapan salam dan tahniah yang saling diucapkan antara Nabi SAW dengan saudara-saudaranya, iaitu para nabi yang terdahulu, mengukuhkan lagi pertalian ini. Allah SWT telah menempatkan sesetengah Rasul-Nya di setiap lapisan langit, di mana Nabi SAW disambut dengan ucapan ini, “Selamat datang saudara yang soleh.”

Justeru, percanggahan antara para nabi adalah satu sangkaan salah yang direka oleh umat-umat yang telah menyimpang daripada jalan yang lurus. Kesemua para nabi adalah beragama Islam dan membawa risalah tauhid yang sama, iaitu semenjak Nabi Adam sehinggalah ke hari kiamat.

Adapun suara-suara yang kedengaran bahawa boleh menyatukan semua agama yang ada adalah salah sama sekali. Mana-mana agama sama ada Kristian, Yahudi, Hindu, Budha dan sebagainya bukanlah agama Islam.

Oleh itu, risalah Nabi SAW dan para Nabi sebelumnya adalah sama. Ini dikuatkan lagi dengan kata Nabi SAW, “Perumpamaanku dan perumpamaan para Nabi yang sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang telah membina sebuah rumah dengan baik, kemas dan cantik, kecuali di tempat sebongkah bata (yang masih kosong) di salah satu sudut rumah itu. Orang ramai pun mula mengelilingi rumah itu dan merasa kagum dengan keindahan rumah itu. Mereka berkata, “Alangkah cantiknya rumah ini jika diletakkan bongkah bata ini!” Lalu Baginda SAW bersabda, “Akulah bongkah bata itu. Aku juga penamat segala nabi (iaitu nabi terakhir).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, jelas di dalam hadis ini memberitahu kita semua bahawa Nabi SAW adalah siri-siri kenabian yang telah diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa risalah tauhid yang sama, iaitu hanya menyembah Allah SWT yang Esa.

 

7.       Agama Yang Meraikan Fitrah

Pada malam Israk, ciri pertama agama ini teguh dengan prinsip, iaitu agama ini merupakan agama fitrah. Dalam hadis menyebutkan ketika Nabi SAW sampai ke masjid al-Aqsa, “Dibawakan kepada Nabi sebekas arah dan sebekas susu. Lalu nabi mengambil susu. Jibril pun berkata, “ia adalah fitrah bagi kamu dan umatmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas, “Sesungguhnya kesejahteraan fitrah ialah inti pati Islam. Pintu-pintu langit mustahil akan dibuka untuk seseorang hamba yang batinnya rosak dan hatinya berpenyakit. Fitrah yang buruk adalah seumpama mata air yang bertanah hitam dan busuk. Ia hanya mengalirkan kekotoran dan kehitaman.

Kadangkala kehitaman yang busuk ini tersembunyi di sebalik warna-warna yang indah dan pemandangan yang berhias. Tetapi Allah SWT tidak mungkin tertipu dengan apa yang terlindung kepada manusia.

Apabila pelbagai bentuk ibadah itu sendiri dijadikan pelindung bagi sesuatu fitrah yang rosak ini dikira lebih rendah martabatnya daripada maksiat yang keji. Apabila kemajuan manusia semakin hebat, mereka semakin mahir berlebih-lebih dan berpura-pura. Mereka juga mengongkong diri sendiri dengan bermacam-macam ibadat dan adat yang keras.

Kebanyakan perbuatan berlebih-lebihan ini merupakan pendinding yang akan memadam cahaya fitrah serta mencemarkan kesucian fitrah dan keindahan fitrah itu sendiri. Tiada sesuatu yang lebih dibenci oleh Allah SWT berbanding mereka-reka segala ibadah dan adat ini dengan nama agama, sedangkan jiwa dibiarkan di dalam penjaranya dalam keadaan terbelenggu, kesusahan dan berdukacita.” (Fiqh Sirah, Muhammad al-Ghazali, hlm. 145)

 

8.       Mengapa Masjid al-Aqsa

Mesti kita tertanya-tanya, mengapa Nabi SAW diisrakkan daripada masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa. Mengapa tidak terus sahaja daripada masjid al-Haram terus terbang ke langit. Sebenarnya, persoalan ini mengembalikan kita kepada sejarah silam.

Berkurun-kurun lamanya, kenabian tertumpu pada Bani Israil. Baitul Maqdis sentiasa menjadi tempat turunnya wahyu serta terpancar cahaya wahyu di sekitar bumi tersebut, di samping ia menjadi ibu negeri kepada tanah air yang dicintai oleh bangsa pilihan Allah SWT itu.

Namun apabila Yahudi menjatuhkan kemuliaan wahyu dan melanggar hukum-hukum Allah, mereka ditimpa laknat. Lalu anugerah kenabian diangkat daripada mereka untuk selama-lamanya.

Justeru, kedatangan risalah kepada Nabi SAW merupakan satu bentuk pertukaran yang baik iaitu daripada satu umat kepada umat yang lain, dari satu negeri ke satu negeri yang lain dan daripada zuriat Israil kepada zuriat Ismail.

Kemarahan bangsa Yahudi berpunca daripada peralihan ini. Sehingga menyebabkan mereka cepat-cepat ingkar. Kata Allah SWT, “Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan diri sendiri dengan mengingkari al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan daripada limpah kurnia-Nya (akan wahyu) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya (iaitu kepada Nabi SAW). Dengan sebab itu, mereka mendapat kemurkaan demi kemurkaan (daripada Allah SWT).” (Al-Baqarah: 90)

Walau bagaimanapun, kehendak Allah SWT tetap berlaku. Umat yang baru ini terus memikul risalahnya. Nabi berbangsa Arab ini  tetap mewarisi ajaran-ajaran Nabi Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaakub Alaihumussalam. Baginda SAW berjuang untuk menyebarkannya dan menghimpunkan semua manusia atas asas agama ini.

Justeru, pengiktirafan masjid al-Aqsa sebagai tanah suci yang ketiga dan kunjungan Nabi SAW ke masjid ini pada malam Israk merupakan lambang kesinambungan zaman dahulu dan kini hingga hari kiamat.

 

Ia merupakan penyatuan semua ajaran para nabi yang telah diutuskan. Kunjungan Baginda SAW ke masjid al-Aqsa merupakan satu penghormatan kepada keimanan yang telah lama bertapak di halaman masjid ini.