Puding kek gulung

Resepi : Puding Kek Gulung

Oleh Chef Norashikin Abdullah

Resepi Bidadari: Puding Kek Gulung

(Pic 1)

Salam Ramadhan buat semua,

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah resepi pencuci mulut kepada pengunjung Fikrah Halaqah. Resepi ini sebenarnya adalah resepi pencuci mulut pertama yang saya pernah buat di Mesir sewaktu di tahun pertama dahulu. Resepi ini amatlah mudah dan juga tidak mengambil masa yang panjang untuk menyediakannya.

Kebetulan, saya adalah salah seorang penggemar juadah pencuci mulut. Mungkin kerana pencuci mulut kebiasaannya kelihatan cantik, berwarna-warni, manis dan sedap. Tetapi awas! manisnya haruslah dikurangkan jikalau tidak, penyakit kencing manis (Diabetis mellitus) pula akan menimpa. Nauzubillah min zalik.

Jom kita santai-santai menyediakan juadah yang enak ini.

 

Antara Bahan-bahan:

1)   Satu kotak kecil serbuk jelly strawberry

2)   1 tin susu cair / I gelas susu segar

3)   1 ½ cawan gula

4)   1 gelas air/ ¼ liter air

5)   2 biji telur (dipukul)

6)   3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)

7)    1 biji kek gulung

8)   Secubit kecil garam

9)   1 sudu kecil esen vanilla

 

Cara-cara:

1.      Masak serbuk jelly strawberry di dalam bekas/periuk berisi air. Kacau sehingga mendidih.

2.      Potong kek gulung dan susun ke dalam loyang sehingga menutupi seluruh permukaan loyang.

3.      Masukkan gula dan garam untuk memberikan rasa lemak manis. Kacau sehingga mendidih.

4.      Kemudian, masukkan susu cair, telur dan tepung kastard. Kacau sehingga sebati. Susu mempuyai banyak khasiatnya kerana mempunyai kalsium yang tinggi . Susu dapat membuatkan tulang dan gigi kita sihat dan kuat. Manakala telur pula mempunyai kadar protein yang tinggi. Telur juga kaya dengan vitamin dan mineral.

5.      Masukkan essen vanilla. Biarkan sehingga mendidih.

 

6.      Curahkan jelly tadi ke dalam loyang yang telah disusun kek.

7.      Biarkan ia sejuk dan membeku.

 

Alhamdulillah, puding kek gulung telah siap dimasak dan boleh dihidangkan untuk juadah pencuci mulut sewaktu berbuka. Pastinya seisi keluarga sangat menggemarinya. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>