Soal Jawab Fikrah Halaqah

Soal Jawab: Masalah Jika Haid Terputus Dalam Tempoh Kebiasaan

 

Soalan: Hendak bertanya, jika haid terputus kemudian keluar semula. Contohnya, kebiasaannya seseorang itu akan turun haid selama 8 hari pada setiap bulan, tetapi ada satu masa tu haidnya terputus pada hari ke-6 dan ke-7, kemudian pada hari ke-8 keluar semula. Soalannya, adakah pada hari ke-6 dan ke-7 itu dikira suci dan boleh solat, ataupun masih dikira dalam keadaan haid dan tidak perlu tunaikan solat. Sebab, kebiasaan haidnya turun selama 8 hari pada setiap bulan.

 

Jawapan: Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan, yang saya kira sangat penting untuk kita fahaminya bersama. Tidak kira dari kalangan lelaki atau perempuan. Guru saya ada menyatakan bahawa orang lelaki wajib untuk mengetahui ilmu haid, nifas, istihadhoh dan sebagainya. Hal ini kerana ramai juga Muslimat di luar sana tidak tahu mengenai hukum ini, maka menjadi tanggungjawab suami, ayah atau abang mengambil tahu untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar berdasarkan kefahaman al-quran dan as-sunnah. Allah SWT telah berfirman:

 

 

 

 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (at-Tahrim:6)

Begitu juga di dalam hadis Nabi SAW yang berbunyi:

قال النبي صلى الله عليه وسلم كلكم راع وكلكم مسئول فالإمام راع وهو مسئول والرجل راع على أهله وهو مسئول والمرأة راعية على بيت زوجها وهي مسئولة والعبد راع على مال سيده وهو مسئول ألا فكلكم راع وكلكم مسئول

Maksudnya: Setiap daripada kamu adalah pemimpin, maka ketua adalah pemimpin bagi apa yang dipimpinnya, dan seorang lelaki adalah pemimpin bagi ahli keluarganya, begitu juga perempuan serta akhirnya… Dan setiap apa yang dipimpin itu pasti akan dipersoalkan. (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka berdasarkan suruhan Allah Ta’ala serta hadis nabi tadi, menunjukkan betapa pentingnya setiap daripada kita mengetahui ilmu ini. Berdasarkan soalan tadi, saya akan jawabnya seperti yang berikut:

 

1.   Di dalam nas sama ada al-Quran atau hadis tidaklah memperincikan berapa hari seseorang itu keluar haid atau paling sikit hari keluarnya haid, tetapi ia dikira atas faktor individu itu sendiri. Mungkin ada yang 7 hari, 8 hari dan sebagainya, dan ada juga yang 2 atau 3 hari secara puratanya.

 

2.   Kita mengetahui bahawa apabila seseorang wanita itu turun haid, maka dia diharamkan untuk menunaikan solat dan puasa, serta perkara-perkara lain seperti jima’, masuk masjid, dan sebagainya. Maka kita akan jadi keliru apabila haid itu terputus ketika hari ke-4 atau ke-5 sebagai contoh dan akan turun kembali pada hari seterusnya, sedangkan kebiasaan haidnya akan turun selama 7 atau 8 hari.

Maka di sini ahli sarjana fiqah telah mengeluarkan hukum bagi memudahkan kita untuk mengetahui sama ada kita boleh melakukan perkara-perkara tadi ketika haid terputus ataupun tidak. Di dalam kitab Fiqh Sunnah, Fatawa al-Mar’ah Jam’u Muhammad al-Musnad menyebut: ‘Jika terputus haid pada hari-hari yang dimaklumi kebiasaannya akan turun haid, maka dia masih lagi dalam keadaan haid, hal ini kerana tanda suci daripada haid adalah keluarnya air keputihan, maka dia tidak boleh tunaikan solat dan perkara-perkara yang dibenarkan jika terputusnya haid.’ (1)

Kesimpulannya, dia masih lagi dalam keadaan haid, maka dia tidak boleh tunaikan solat dan sebagainya. Wallahu A’lam

 

Rujukan

(1) Fiqh Sunnah: 1/208. Fatawa al-Mar’ah Jam’u Muhammad al-Musnad: m/s 26.

 

This entry was posted in Koleksi Soal Jawab on by .

About Fathullah Al-Haq

Muhammad Fathullah Al-Haq Bin Muhammad Asni. Lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan. Sekarang sedang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Agama di Syarikat Kump. KarangKraf di Shah Alam. Boleh hubungi beliau di fath_asni@yahoo.com atau No h/p: 0149089464

2 thoughts on “Soal Jawab: Masalah Jika Haid Terputus Dalam Tempoh Kebiasaan

  1. syahira

    assalamualaikum saya nak tanya tentang haid , saya selalu datang haid tidak menentu , apa perlu saya buat . kadang-2 dua bulan sekali baru datang haid . tapi kadang-2 awal , terima kasih

    Reply
  2. hambaAllah

    Assalamualaikum ustaz,saya ada 1 kemusykilan tentang haid…kebiasaanya haid saya alami selama 7 hari..tetapi pada bulan ni ia berlarutan hingga 10 hari..adakah 3hari tersebut ini merupakan darah haid atau istihadah?mohon penjelasan ustaz..terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>